BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 11 November 2010

penilaian

Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.


Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Kata Tugas

Tahap Penilaian
Bentuk Soalan
Pengetahuan
 Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan
Kefahaman
Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi
Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Analisis
Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan
Sintesis
Selesaikan
Penilaian
Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan


Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.


Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

 
Aspek

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif


Konsep

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran


Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan


Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.


Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.


Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung


Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.


Kaedah

Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan


Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan



Membaiki kelemahan murid serta merta  dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan

Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan


Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.

Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran



0 comments: